Tuesday, June 24, 2014

Solat Jamak & Qasar



SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Saturday, April 26, 2014

PeRcUtiAn GooD fRiDay !!!


Hai kawan2.. Apa khabar? Harap2 sihat la ye.. Dah berapa bulan Cik Nuyu xpost kat sini kan..
hehe..

Di sini Cik Nuyu nak cerita taw.. Sepanjang percutian Good Friday, Cik Nuyu ada pergi ke Sabah lagi..
Kali ini kawan2 Cik Nuyu ada datang sekali iaitu Wani dan Shimah serta Al juak datang.. kawan kpd housemate saya pun ada sekali..iaitu El dan Nisa...
Di sini CIk Nuyu malas mahu bercerita panjang tetapi biar picture yang bercerita ya.. hahaha

El, Nisa n Aq

Monday, March 17, 2014

REsepI PerSahabaTan !! TinGgaL KenaNGan AKak DAyana di SKKP ='(


Hai semua.. Harap kawan2 Cik Nuyu sihat semuanya.. Pada hari ini Cik Nuyu berasa sangat sedih bile berjumpa dengan salah seorang bekas guru di SK Kuala Penganan, iaitu Kak Dayana Cik Nuyu panggilnya..
Beliau merupakan seorang akak yang sangat perihatin orangnya.. Cik Nuyu sangat respect kat beliau kerana keperibadian beliau juga la menjadi idola buat Cik Nuyu. Tapi apakan daya perkenalan kami hanya sementara.. Sesampai tidak lebih daripada 8 bulan kami berkenalan beliau sudah dipanggil ke PPD.. Sedih juak bile dikenangkan.. Tapi apakan daya..
Walaupun begitu kami kadang kala berjumpa juak melepas rindu masing.. Di sini Cik Nuyu berkawan dengan Akak Dayana, Dillah dan K. Joyce (Guru yang baru masuk awal tahun ini..) hehehe.. Ape2 korang memang best 

Sunday, November 10, 2013


 
Hai.. lame Cik Nuyu xpost dalam blog nie kan.. dah berkurun dah rasanya.. Maaf la ye rakan2  Cik Nuyu terlampau busy di sekolah.. hehehe..
Rasa2 Cik Nuyu, kwan2 mesti dah tau kan Cik Nuyu mengajar di mana kan..kan..???
Tapi Cik Nuyu nak bgtaw smula la.. Cik Nuyu sekarang mengajar di Sarawak.. Terkejuttt kan??? Huhuhu.. 

Monday, June 10, 2013

Surat Lantikan SPP dh dpt!!

Ok alhamdulillah, Cik Nuyu sangat gembira ari nie sbb Cik Nuyu dh dpt surat lantikan spp.. skunk tinggl surat posting je tinggal.. hati nie berdebar xyah nak cakap la. Arap2 dpt dekat2 je dgn family Cik Nuyu.. Mak Cik Nuyu berharap sgt Cik Nuyu dpt dekat ngan dye.. Arwah Cik Nuyu dh xda katenye... xley dye nk bergerak ke mana2 nanti kalu Cik Nuyu xda.. sedih plak Cik Nuyu mendengarnya..:'( Korg yg sudi membaca blog Cik Nuyu nie, Cik Nuyu minta tolong doakan Cik Nuyu ye..

Wednesday, June 5, 2013

pic KONVO with family n frensss



Sory lama dh Cik Nuyu xupdate blog nie..
Sibuk ekpun.. ape2 pn entri kali ini adalah MyConvoDay!!
Setelah berpenat lelah menghabiskan pengajian di IPG Kampus Kota Bharu akhirnye dpt jgak konvo.. Skunk, Cik Nuyu menunggu surat lantikan spp dan surat posting yg dengarnya akan dpt bulan JUN ini.. kite tgk la ye nanti..

Wednesday, January 23, 2013

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Lame kan aq xpost ko blog kan..haha (ckp sesorg kat sini buat ape Cik Nuyu oi.. )
Ape2 pun aq ada la terbace kat blog sape ntah... nama blog dye PEN PATAH.. (pen ye patah sokmo ke?? hehe.. jangan marah ye owner pen patah..gurau je) Aq bkenan plak dgn motivasi yg dipost olehnye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pEmbErItAhUAn !!!

Blog ini diwujudkan untuk mencerita segala kisah suka duka hidup NUYU dan ia tidak melibatkan sesiapa yang tidak berkenaan...
Segala info2 dan artikel2 yang dicopy paste dalam blog NUYU ini akan dinyatakan dari mana sumbernya diambil...
Akhir kata, diharapkan segala coretan kat blog NUYU ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang suka terjah blog ini...

SEKIAN=)

NaK mAkAN !!